UTAMA

FOREX

BELAJAR

PENCAPAIAN

GALERI

FAQ

HUBUNGI SAYA

 

 

 

Kenali Saya Di MyPips.

 

Saya pada awalnya semenjak Nov 2007 hanyalah melakukan aktiviti trading secara peribadi sahaja, selepas 2 tahun berada dalam bidang FOREX ini, terdapat dikalangan kenalan pelanggan / kenalan saya yang berhajat untuk belajar forex secara peribadi sepenuh masa. Lama juga untuk saya memikirkan memandangkan komitmen yang bakal dihadapi nanti semakin bertambah.

 

Oleh kerana kenalan dan pelanggan tadi sungguh-sungguh benar hendak belajar forex, maka lahirlah teknik saya, dan diberi nama MyPips sempena teknik rahsia saya membuat untung di forex hasil dari perguruan saya dengan beberapa orang guru forex dari dalam & luar negara. Saya TIDAK mengajar FOREX tetapi memberi bimbingan bagaimana cara saya membuka entry dan close sepertimana yang biasa dilakukan.

 

Walaupun demikian mereka yang baru hendak belajar mengenal forex, saya memberikan modul-modul yang boleh di download sebagai rujukan, nota dan sokongan dalam talian/online. Diharap ramai lagi orang perseorangan yang menjadi trader forex serta mengambil keuntungan yang berterusan.

Trading Forex For A Living

MyPips adalah merupakan teknik asas dan tidak memerlukan indicator tambahan, yang dipelajari dari beberapa orang guru tempatan dan luar negara, selain itu saya banyak membaca serta mengkaji buku-buku hebat seperti Technical Analysis of the Currency Market .. Boris Schlossberg FXCM, Kethy Lien dan guru2 online/offline.

 

 

** Walaupun demikian MyPips berikan indicator tambahan bagi tujuan pembelajaran dan pemahaman untuk dipraktikkan di [Live Account - Micro] dengan menggunakan teknik-teknik MyPips yang ada untuk menghasilkan profit minimum 20-50 pips sehari.

 

 

FAQ

 

Apa itu 'Foreign Exchange'?

Pasaran 'Foreign Exchange', juga dikenali sebagai pasaran  "Forex" merupakan pasaran kewangan yang paling banyak diperdagangkan di dunia, dengan anggaran sebanyak US$3.2 trillion lebih bahkan hampir US$3.2 trillion setiap hari. 'Foreign Exchange' melibatkan pembelian satu  jenis matawang dan penjualan satu jenis matawang lain secara serentak. Nilai matawang dunia adalah berdasarkan kadar pertukaran mereka dan ianya didagangkan dalam keadaan berpasangan seperti Euro/Dollar atau Dollar/Yen.

 

 

Di manakah pusat lokasi pasaran Forex?

Perdagangan Forex atau ringkasnya 'FX Trading' tidak mempunyai pusat lokasi untuk pertukaran, seperti yang berlaku pada pasaram saham. Pasaran FX difahami sebagai "Over the Counter (OTC) " atau perniagaan antara bank atau 'Interbank market', ini kerana transaksi adalah berlaku hanya antara dua pihak yang terlibat sama ada melalui telefon ataupun rangkaian elektronik.

 

Siapakah yang terlibat dalam pasaran FX?

Forex juga dipanggil sebagai 'Interbank market' kerana dalam sejarah, Forex pada awalnya hanya didominasi oleh bank, termasuk bank pusat, bank-bank komersial dan bank-bank pelaburan. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini peratusan siapa yang terlibat dalam Forex semakin pesat meningkat kerana pada masa kini selain daripada bank, syarikat-syarikat korporat multinasional, pengurus kewangan dunia, broker wang antarabangsa, "futures and options traders," serta pelabur-pelabur individu juga telah melibatkan diri dalam perniagaan Forex ini.

 

Bilakah waktu berniaga Forex?

Waktu berniaga sebenarnya 24 jam sehari bermula pada hari Ahad 5.00PM ET sehingga hari Jumaat 5.00PM ET. Forex bermula setiap hari di Sydney, kemudian bergerak mengelilingi global ke setiap bermulanya waktu berniaga kota metropolitan utama dunia seperti Tokyo, kemudian London, dan seterusnya New York. Tidak seperti pasaran kewangan yang lain, pelabur-pelabur  boleh bertindak terhadap turun naik nilai matawang berdasarkan faktor ekonomi, sosial dan politik pada masa ianya berlaku tak kira siang atau malam.

 

Matawang apakah yang selalu didagangkan dalam Forex?

Matawang yang selalu didagangkan dalam Forex atau kita panggil 'liquid currency' adalah matawang dari negara-negara yang stabil kerajaannya, kukuh ekonominya, bank-bank pusatnya yang terkenal serta inflasi yang rendah. Hari ini, 85 peratus transaksi harian di dunia adalah melibatkan matawang seperti US Dollar (USD) , Japanese Yen (JPY) , Euro (EUR) , British Pound (GBP), Swiss Franc (CHF) , Canadian Dollar (CAD) dan Australian Dollar (AUD).


Apa itu Margin?

Margin diperlukan semasa membuat trade sebagai cara pengurusan wang yang akan digunakan. Margin membolehkan trader-trader mengambil 'leverage' dengan sebahagian ekuiti yang diperlukan untuk dijadikan dana bagi memulakan suatu 'trade'. Dalam pasaran ekuiti margin yang dibenarkan adalah 50%, ini bermakna trader mempunyai kuasa membeli setinggi 2 kali ganda. Dalam Forex, leverage adalah dari 1% hingga 2%, ini memberikan trader satu leverage yang lebih tinggi untuk membuat trade secara aktif. Trading pada margin yang tinggi sudah semestinya meningkatkan risiko anda.


Apa maksud 'long' dan 'short' position?

Di dalam 'bahasa' trading, membuat 'long' bermaksud trader membeli satu matawang pada harga tertentu dan 'target' untuk menjualnya kemudian pada harga yang lebih tinggi. Dalam senario ini, trader tersebut telah membuat untung dengan 'kenaikan' harga matawang tersebut. Seorang 'trader' dikatakan membuat 'short' setelah menjual satu matawang pada harga tertentu dan membelinya semula pada harga yang lebih rendah. Senario ini juga membolehkan trader tersebut mendapat untung dengan 'penurunan' harga pasaran matawang tersebut. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingati bahawa  setiap posisi FX memerlukan trader membuat 'long' pada satu matawang dan 'short' pada pasangan matawang tersebut.

 

Bagaimanakah harga matawang ditentukan?

Harga matawang dipengaruhi oleh pelbagai keadaaan ekonomi dan politik suatu negara terutama sekali kadar bunga, inflasi dan kestabilan politiknya. Lebih-lebih lagi,sekiranya kerajaan terbabit melibatkan terus ke dalam pasaran Forex untuk mempengaruhi nilai matawangnya ke pasaran dunia sabagai contoh dengan mengalir keluar matawangnya ke luar negara/global supaya harganya menjadi rendah ataupun sebaliknya ada sesetengah negara membawa masuk/ membeli matawang untuk meninggikan nilainya.Perkara ini disebut sebagai 'Central Bank intervention'. Tak kira faktor apa sekalipun sekiranya ada penglibatan dari negara atau syarikat korporat yang besar, akan menyebabkan kecairan matawang tersebut, Walau bagaimanapun disebabkan pasaran forex mempunyai saiz dan 'volume'nya yang sangat besar, adalah mustahil satu syarikat boleh 'menginjak' nilai matawang tersebut pada satu jangka masa yang lama.

 

Bagaimanakah saya dapat mengurus risiko?

Cara yang biasa digunakan dalam pengurusan risiko trading Forex adalah 'limit order' dan 'stop loss order'. 'Limit Order' adalah meletakkan had pada harga maksima yang hendak dibeli atau had pada harga minima yang hendak dijual. 'Stop Loss Order'  pula memastikan kerugian adalah terkawal atau tidak melebihi sekiranya gerakan pasaran bertentangan dengan posisi trader.

 

Apakah strategi trading yang patut saya gunakan?

Forex trader boleh buat keputusan berdasarkan analisis secara teknikal dan ekonomi fundamental. Trader secara teknikal menggunakan carta, trend line, support/resistance level atau analisis secara kiraan matematik untuk mengenal pasti gerakan pasaran. Manakala analisis secara fundamental pula meramal pergerakan harga dengan mengumpul pelbagai maklumat tentang ekonomi seperti warta berita ekonomi dunia, laporan ekonomi kerajaan malah termasuk khabar angin. Pergerakan harga pasaran yang paling dramatik selalunya berlaku pada masa kejadian yang tidak disangka. Kejadian-kejadian seperti kenaikan kadar domestik oleh bank pusat kerajaan, pilihanraya politik atau malah waktu peperangan sekalipun.dapat mempengaruhi pergerakan graf pasaran pada masa itu. Walau bagaimanapun, kebiasaannya ramalan sesuatu kejadian akan menyebabkan perubahan trend market tetapi bukannya kejadian itu sendiri.

 

Saya berminat untuk menjadi forex trader, tetapi ingin mengetahui maklumat lebih lanjut?

 

Di dalam pasaran forex, anda boleh mendapat maklumat dan membuat kefahaman secara praktikal tentang forex trading. Tetapi cara yang terbaik adalah membuka akaun demo di mana anda mendapat pengalaman 'trading' tanpa merisikokan modal anda.

 

Berapa peratuskah trader yang berjaya mendapat untung dalam FOREX?
10 % buat untung and 90% kerugian!
Kenapa? Sebab 90% trader yang memasuki pasaran forex adalah didorong dengan perasaan emosi  seperti tamak dan takut. Pada masa yang sama kebanyakan trader baru kekurangan pengalaman dalam plan pengurusan kewangan serta teknik trading yang berkesan. Secara faktanya, kebanyakan faktor adalah disebabkan kekurangan pembelajaran dan ilmu dalam menangani cabaran FOREX.

 

Bagaimana Professional Trader dapat keuntungan yang banyak dalam Forex?

 

Kebanyakan Professional Trader adalah sebahagian daripada 10% yang membuat keuntungan. Trader 10% inilah yang sebenarnya mendapat duit daripada  90% trader yang rugi. Jika 90% ini yang sebenarnya membayar kepada 10%, maka dapatlah kita bayangkan betapa lumayannya bayaran yang diterima oleh 10% ini!

 

Bolehkah saya juga menjadi seorang  Professional Trader yang berjaya?

 

Semestinya boleh! Trading adalah satu profession di mana sesiapa pun boleh belajar dan menguasainya. Walau bagaimanapun bidang ini bukanlah dapat dikuasai dalam satu hari satu malam atau dalam beberapa minggu. Anda kena melalui beberapa proses pembelajaran dan kelas mentor seperti yang pernah dilalui oleh profesional trader yang lain. Kebiasaannya, kita sering mendengar atau melihat iklan-iklan yang menyatakan trading ini mudah. Tetapi sekiranya ia begitu mudah, mengapa kita masih mendengar kisah-kisah pengalaman buruk para trader? Kenapa hanya 10% trader saja yang akhirnya berjaya? 

 

Apakah kaitan EMOSI dengan trading Forex? PENTING

 

Bagaimana terlibatnya duit dalam Forex begitu juga emosi. Ramai yang boleh belajar dan menimba ilmu dalam trading tetapi tidak tahu menangani cara-cara mengatasi emosi. Emosi adalah penghalang utama trading yang berjaya, bukan teknik. Sebaliknya, anda mesti trade dengan akal yang logik bukannya dengan perasaan emosi. Ego manusia sebenarnya sering terdorong untuk berjaya 100% sepanjang masa tetapi secara realiti, tiada seorang pun boleh berjaya 100% pada semua keadaan masa yang dikehendakinya, Walaupun betapa profesionalnya seseorang itu. Profesional trader yang berjaya sebenarnya menyedari hakikat ini dan dengan jelas memahami bahawa Forex adalah logik bukannya emosi. Mereka inilah yang merupakan 10%  yang berjaya setiap masa!.

 

 

 

[ Akuan Risiko ]   [ Terma & Syarat ]   [ Privacy Policy ]

Sesuai dilayari menggunakan browser Mozilla Firefox 2.0 keatas. Sila klik di sini untuk muat turun [download].

Copyright Since 2007 MyPips. All Rights Reserved.