UTAMA

FOREX

BELAJAR

PENCAPAIAN

GALERI

FAQ

HUBUNGI SAYA

 

Pengenalan    :    Ragam Forex    :    Teknik    :    Hukum    :    Permulaan    :    Platform Trading    :    Jenis Akaun

 

Tahukah Anda

 

Pernahkah anda mendengar mengenai hari “Black Wednesday”? Ia berlaku pada 16 September 1992, di mana Bank of England (Bank Negara England) kerugian sebanyak GBP 3.4 billion. Orang yang mengaut keuntungan besar di sebalik insiden ini digelar sebagai,

 

“The Man Who Broke the Bank of England”

 

 

Lelaki ini tidak lain dan tidak bukan adalah George Soros, pelabur Forex terkenal seluruh dunia. Soros melihat kelemahan British Pound dan kedegilan Bank of England menaikkan Interest Rates dan beliau mengambil position “short” sebanyak USD10 billion! Dan hasil ‘trade’ tersebut sahaja, beliau membawa pulang keuntungan

 

Melebihi USD1 Billion
HANYA 1 HARI!

My Live Bloomberg

 

Subscribe

 

 

Walaupun anda tidak mempunyai berbillion dollar, namun anda juga masih boleh menghasilkan duit dalam arena yang sama seperti Soros dan masih berpeluang menghasilkan duit yang lumayan (walaupun bukan billion) dan yang paling penting dalam masa yang singkat.

         

Apakah arena yang disebutkan ini? Ia dipanggil pasaran Forex. FOREX adalah singkatan dari The Foreign Exchange Market. Dan ia adalah di mana semua matawang di dunia ini didagangkan.

         

Mungkin anda pernah dengar tentang Forex, namun mungkin anda tidak tahu bahawa anda berpeluang untuk melakukan transaksi Forex atau ‘trade Forex’. Ini kerana pada awalnya, hanya ‘Big Boys’ atau bank yang bermodal besar sahaja yang dibenarkan untuk ‘trade’ Forex. Mereka –orang-orang terkaya di dunia dan bank-bank besar- dengan senyap dan cepat mengambil duit hasil titik peluh orang ramai yang dilabur di dalam Mutual Fund, Bond, dan mereka laburkan kembali ke pasaran Forex. Mengapa mereka berbuat sedemikian? Sudah jelas kerana…

 

Forex dapat menjana untung terbesar berbanding pasaran lain!

 

Namun sejak tahun 96-97, dan mula popular sejak tahun 2002-2003, orang ramai dibenarkan untuk trade di dalam pasaran Forex menggunakan Firma Online Forex Brokerage.

Juga difahamkan bahawa ada sesetengah bank yang memperuntukkan 20-30% dari keseluruhan modal mereka ke dalam pasaran Forex dan menjana untung sebanyak 40-60% dari keseluruhan untung tahunan dengan berniaga dalam pasaran Forex. Di bawah adalah Top 10 Pelabur Forex seluruh dunia

 

Di bawah adalah beberapa fakta menarik tentang Forex yang juga salah satu sumber kekayaan Warren Buffett (Orang Terkaya Dunia 2008) ;-

 

Forex Secara Ringkas

Apakah Forex Trading yang dimaksudkan di sini?

 

Forex Trading adalah satu aktiviti membeli dan menjual mata wang berdasarkan kadar tukaran mata wang asing. Forex Trading yang dimaksudkan di sini adalah Online Currency Trading yang mana transaksi Forex dilakukan menggunakan computer di platform Retail Broker.

 

Di manakah kita dapat menjalankan Forex Trading ini?

 

Retail Forex Broker seperti Oanda, FXCM, Saxo Bank dan banyak lagi.

 

Bagaimanakah Broker ini berfungsi ?

  • Broker mendapat untung dari perbezaan sebut harga beli dan jual pada trader yang ingin beli atau jual

  • Selain itu, sesetengah broker mengenakan caj komisen pada setiap order baru

  • Broker mendapat price feed “Forex Rate” dari beberapa bank dan memberikan sebut harga “quote” kepada trader

  • Secara amnya, ada 2 kategori

    • Market Maker

      • Broker bertindak sebagai “market maker”, di mana posisi trade trader di”hedge”kan. Jika si A masuk posisi Long (Buy), broker akan padankan dengan posisi trader B yang masuk posisi Short (Sell)

      • Order trader tersebut tidak masuk ke dunia trading sebenar, hanya dalam lingkungan system broker tersebut

      • Contoh Market Maker : Oanda

    • ECN – Interbank trading

      • Broker bertindak sebagai orang tengah di antara trader individu dan bank

      • Posisi trade tersebut dihantar ke system bank

      • Contoh ECN : FXCM, MBTrading

Apakah perbezaan Forex di bank, Money Changer dengan Online Broker ini?

  • Spread (jurang kadar beli dan jual) jauh lebih tinggi. Spread di Bank dan Money Changer biasanya dari berpuluh pip hingga beratus pip. Spread di Online Forex Brokerage biasanya bermula dari 1 pip hingga 5 pip sahaja.

  • Tiada Leverage yang ditawarkan. Forex Broker menawarkan Leverage dari 1:1 hingga 400:1. (Leverage yang tinggi meninggikan risiko). Leverage yang biasanya digunakan oleh professional dalam bidang ini biasanya dari 1:1 hingga 20:1

Maka, adakah kita benar-benar menjalankan tukaran mata wang asing?

  • Tidak semestinya. Jika menggunakan Broker jenis Market Maker, anda sebenarnya tidak menjalankan sebarang transaksi Forex kerana semua order anda hanya berada di dalam system broker tersebut. Order anda disuaikan dengan trader yang lain.

  • Walau bagaimanapun, kedudukan posisi anda (untung/rugi) bergantung pada kadar tukaran mata wang tersebut

Di manakah broker ini terletak?

 

Ada lebih seribu Broker di seluruh dunia. Namun kebiasaannya, broker ini terletak di USA, Kanada dan juga United Kingdom. Setakat ini, tiada Retail Forex Broker kepada trader individu di Malaysia.

 

Adakah transaksi yang dilakukan oleh kita berlaku di dalam negara?

 

Tidak semestinya. Transaksi tersebut berlaku di tempat Forex Broker tersebut terletak. Jika Forex Broker tersebut di USA, maka transaksi tersebut berlaku di USA. Trader hanya mengawal posisi menggunakan komputer dan internet.

 

Adakah benar hanya Bank sahaja yang boleh menjalankan urus niaga Forex?

 

Ya, namun tidak lagi sejak 1996. Sebelum tahun 1996/1997, tiada Forex Broker yang disahkan wujud. Namun sejak 1996, broker mula dibenarkan beroperasi untuk Retail Forex Trader dengan pemantauan oleh badan pemantau.

 

Siapakah badan pemantau syarikat Broker ini?

Mengapakah Forex Trading lebih berisiko dari pasaran lain?

  • Forex Trading menawarkan leverage yang sangat tinggi. Leverage yang tinggi memang meninggikan potensi untung, namun sekaligus meninggikan potensi kerugian. Sebab utama mengapa begitu banyak Forex Trader yang rugi berbanding untung, berbanding trader pasaran lain adalah UNDERCAPITALIZED - Modal yang tidak cukup besar. Ini bermaksud mereka menggunakan leverage yang tinggi pada modal yang sedikit.

  • Walaupun seseorang itu tidak bermodal tinggi, namun mereka masih dapat mengurangkan risiko dan membuat “money management” yang bagus dengan akaun mereka kerana Retail Forex Broker menawarkan sehingga micro lot. $0.01 untuk setiap pip. Tidak lagi trader perlu masuk $10 untuk setiap pip, melainkan modal yang terlalu banyak.

  • Setiap trader perlu masuk menggunakan leverage yang rendah kerana, tidak dinafikan walau bagaimana professional seseorang trader sekalipun, mereka pernah dan akan mengalami trade yang rugi dan kerugian berturut-turut. Semua trader yang berjaya mengalami kerugian yang berturut-turut sehingga 15-20 kali! Seseorang yang menggunakan leverage yang tinggi, risiko yang tinggi, akan tidak dapat kekal lama dalam trading

  • Selain itu, pasaran ini bergerak dengan laju dan banyak setiap hari, setiap minit, dan setiap saat berbanding pasaran lain.

  • Salah satu cara untuk mengurangkan risiko dalam bidang ini adalah dengan untuk tidak masuk dengan jumlah yang banyak dalam setiap trade

  • Selain itu, mengurangkan jangka masa satu-satu posisi, kerana semakin lama posisi anda di dalam pasaran, semakin lama terdedah kepada risiko pergerakan yang sangat banyak bertentangan dengan posisi anda.

  • Ini hanyalah BASIC dalam mengurangkan risiko dalam bidang ini. Ada banyak lagi cara untuk mengurangkan risiko dalam bidang ini.

  • Anda boleh memilih untuk trade dengan leverage yang rendah dan masuk dengan posisi yang kecil (kerana broker tidak meletakkan syarat minimum yang tinggi untuk minimum deposit dan minimum posisi).

Adakah anda wakil dari mana-mana syarikat broker dan adakah anda menerima wang saya untuk dilaburkan dalam Forex?

 

Tidak, saya tidak menerima wang anda. Dan saya tidak mewakili mana-mana broker

 

MAKLUMAT TERBARU!
BIG BANKS

 

Bank-bank besar di dunia mula melihat potensi perniagaan Forex pada individu. Setelah 10 tahun lepas Forex dibuka kepada orang ramai untuk trade di Retail Forex Broker, sekarang difahamkan beberapa Bank antarabangsa mula menawarkan perkhidmatan Forex pada orang ramai.
Antara bank yang menawarkan Forex pada orang ramai adalah

 

Deutsche Bank

Standard Chartered HK

Citibank

 

Mungkin pada masa akan datang, bank-bank di Malaysia juga mungkin menawarkan perkhidmatan Forex Trading pada orang ramai.

 

 

Cara Mengelak Ditipu Dalam FOREX

  • Jauhkan diri anda dari janji-janji manis yang mana tidak relevan seperti kenyataan “menjana $2000-$3000 sehari dalam Forex Trading.

  • Pastikan anda memilih broker yang established, berlesen, “regulated”, dan benar-benar wujud.

  • Berhati-hati jika mendengar kenyataan seperti anda dijamin membuat keuntungan beribu ringgit sehari atau “guarantee Euro Dollar akan naik, US Dollar akan naik”, “anda tidak perlu cut loss”, KERANA TIADA SIAPA YANG DAPAT MENEKA DENGAN  TEPAT SEPANJANG MASA atau dengan kata lain, TIADA SIAPA YANG DAPAT

  • Anda perlu mengetahui bahawa traders yang Berjaya tidak semestinya yang paling pandai meneka pasaran ini akan bergerak ke arah mana. Ia melibatkan berbagai aspek lagi seperti “Money Management” dan “Psychology of Trading”. Ini dibuktikan sendiri oleh kata-kata Warren Buffett dan George Soros, “we are no better forecaster than you are”. Maka, jauhkan diri anda oleh mereka yang mendakwa mereka pandai meneka dengan tepat ke mana arah tuju satu-satu currency tersebut

  • Jangan terpedaya dengan nasihat dan saranan untuk menggunakan Leverage yang tinggi dalam bidang ini

  • Jangan percaya dengan account statement atau kenyataan seolah-olah anda tidak akan mengalami trade yang rugi atau tidak akan mengalami trade yang rugi berturut-turut (losing streaks)

  • Untuk menjadi trader yang bagus memerlukan pengorbanan dan usaha yang tinggi, maka berhati-hati jika mendengar kenyataan “5 minit sehari sudah dapat menjana hidup anda”. Ia tidak semudah itu

  • Jauhkan diri dari syarikat atau individu yang tidak menceritakan langsung mengenai risiko kerugian dalam bidang ini.

 

Cara Memilih Broker

Sahkan adakah broker itu regulated

Anda boleh menyemak di website NFA, CFTC, atau FSA (UK)

 

Semak latar belakang broker tersebut

Semak track record broker di website “regulator” jika ada tindakan tatatertib dikenakan sebelum ini.   Elakkan berurusan dengan broker yang banyak dikenakan tindakan tatatertib oleh regulator ini.

 

Semak kedudukan kewangan satu-satu broker itu

Semak kedudukan kewangan satu-satu broker di website CFTC.   Sila ke www.cftc.gov , klik pada Market Reports, Financial Data for FCMs   Broker yang besar seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya USD100 Million ke atas

 

Kenal pasti support yang ditawarkan

Broker tersebut mestilah mempunyai nombor telefon yang sah dan anda dapat hubungi broker tersebut melalui telefon   Broker yang besar biasanya menawarkan support Live Chat dan juga Phone Call selain email

 

Cuba dengan akaun demo

Sebelum mencuba dengan akaun real, sebaiknya cuba biasakan diri anda dengan akaun demo broker tersebut

 

Cuba funding/withdrawal

Laburkan dengan jumlah yang sedikit seperti beratus dollar sahaja, dan cuba withdraw dari akaun anda

 

Semak REVIEW Forex Broker tersebut

Search di Google, semak latar belakang pengguna Forex Broker tersebut  

 

Berhati-hati semasa menyemak rekod dengan review palsu, kerana tidak semestinya pengguna berpuas hati adalah benar, dan tidak semestinya pengguna TIDAK berpuas hati adalah benar. Dan tidak semestinya website Review tersebut adalah jujur. It’s the Internet, people may say whatever they want to say. Namun, kebiasaannya, jika majoriti mengatakan mereka berpuas hati, maka kebiasaannya broker tersebut adalah bagus.

 

Cara terbaik adalah cuba sendiri dengan free trial, akaun demo broker tersebut

 

Tip Tambahan

  1. Kebiasannya broker yang besar dan genuine mempunyai akaun bank di bank yang terkemuka. Broker yang kecil dan kemungkinan tidak genuine biasanya mempunyai akaun bank di bank yang tidak pernah kedengaran.

  2. Broker yang kecil dan kemungkinan tidak genuine biasanya tidak terdapat di negara-negara seperti USA,Canada,UK,Australia. Kebiasaan penipuan oleh broker atau broker kecil-kecilan biasanya broker dari Switzerland, Cyprus, Russia, Dominica, dan Hong Kong. Namun tidak semestinya semua broker dari negara-negara tersebut adalah penipu, namun boleh dikatakan sebahagian besar.

  3. Semak pengguna broker tersebut. Misalnya, jika Broker tersebut adalah terletak di USA, sudah tentu ramai rakyat USA yang menggunakan broker tersebut. Maka, jika anda search di Internet, tiada atau hanya seorang dua rakyat USA yang menggunakan broker tersebut, selebihnya rakyat Malaysia, maka selamat dikatakan anda berkemungkinan ditipu. Ini mengingatkan kembali pada kes penipuan Skim Cepat Kaya Internet yang dikatakan beroperasi di USA, namun sebahagian besar hanya rakyat Malaysia sahaja yang melabur di dalam skim tersebut. Fikirkan. Anda tidak akan mudah tertipu jika anda berfikir.

Cara Memulakan "Trading FOREX"

  1. Buka Akaun

  2. Akses ke akaun

  3. Trading Platform (MetaTrader 4)

  4. Mengenali Platform

  5. Buy / Sell Matawang

  6. Deposit & Pengeluaran (Real Account)

 

Kamus FOREX

 

Ask

Price at which the seller is willing to sell currency or other financial instruments.

Bear

Historical term used to denote decreasing trends. (A bear will press its prey down to the ground with its paws).

Bid

Price at which the buyer is willing to buy currency or other financial instruments.

Bull

Historical term used to denote increasing trends. (A bull will toss his enemy up his horns).

Dealer

Professional participant of financial market.

GTC

Order to open a position valid until cancelled by the client.

Indicator

Technical analyses instrument.

Last

Price of the last transaction. It is an average of the last Bid and Ask on Forex.

Limit Order

Order made to close a position at a better than current price. It's usually used for profit fixing.

Limit Entry Order

Pending order in opposite to common market direction. It's usually used for opening at the point of the assumed market turn.

Lot

Smallest indivisible transaction volume for Buy/Sell operations.

Long

Buy operation or an open Buy position (see Short).

Margin

Deposit required of a client to cover possible future losses from specilations. It is usually expressed as a percentage or a fraction, for example 1%, or 1:100, equal to the ratio of the deposit to the lot size.

Pip

Smallest possible price change.

Point

Same as Pip.

Quote

Current value of Ask or Bid.

Short

Selling transaction or open Sell position (see Long).

Spread

Difference between current Bid and Ask values expressed in Points (Pips).

Stop Order

Order made to open a position at worse than current price. It's usually used for limiting losses.

Stop Entry Order

Pending order in the same to common market direction.

Transaction

Position opening/closing.

   

[ Akuan Risiko ]   [ Terma & Syarat ]   [ Privacy Policy ]

Sesuai dilayari menggunakan browser Mozilla Firefox 2.0 keatas. Sila klik di sini untuk muat turun [download].

Copyright Since 2007 MyPips. All Rights Reserved.